Tuesday, 20 September 2016

                                          I WANT TO BE ...                               
aku tak pernah menjangka untuk melangkah ke dalam bidang masakan . ibu bapa aku amat berharap untuk aku menjadi seorang doktor memandangkan aku mengambil aliran sains di sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi juga dalam bidang yang boleh melayakkan aku memenuhi impian ibu bapaku untuk menjadi seorang doktor . aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak dari kecil lagi namun semakin aku meningkat dewasa , aku semakin mengenali diriku dengan lebih mendalam . 
aku telah mengambil masa yang lama untuk mengenali diriku . aku bagaikan hilang arah tujuan untuk mencari apa yang aku ingin capai dalam hidup aku . dan akhirnya aku telah temui apa yang aku ingin capai dalam hidup . selama ini aku rasakan diriku berada dalam satu terowong yang gelap dan keadaan ini semakin hari berlanjutan sehingga aku sedar yang aku mempunyai satu minat iaitu  gemar menonton video masakan dan rancangan memasak .